AS kongsi 21 usul akhiri genosid Gaza di UNGA

AS kongsi 21 usul akhiri genosid Gaza di UNGA

PENUNJUK perasaan di New York memegang plakad bertulis ‘Bibi bunuh bayi’ yang merujuk kepada kekejaman Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Amerika Syarikat (AS) mencadangkan rakyat Palestin terus tinggal di Gaza, selain menyediakan laluan ke arah pembentukan negara Palestin.

Perkara itu dimaklumkan melalui pelan damai dikongsi AS dengan beberapa negara Arab dan Islam ketika sidang khas Persidangan Agung PBB (UNGA).

Pelan itu memuatkan 21 klausa yang sudah lama menjadi elemen utama dalam pelbagai cadangan dengan antaranya pembebasan semua tebusan dan penghapusan kuasa Hamas.

Tindakan AS mendesak supaya rakyat Palestin kekal di Gaza menandakan perubahan besar dalam pendekatan Washington, memandangkan Presiden Donald Trump pada Februari lalu secara terbuka menyatakan AS mungkin mengambil alih Gaza dan memindahkan keseluruhan dua juta penduduknya secara kekal.

Cadangan itu juga mencadangkan pembentukan negara Palestin masa depan, selepas pembangunan semula Gaza dan pelaksanaan pembaharuan dalam kerajaan Palestin. Ini dianggap sebagai pemisahan drastik daripada dasar pentadbiran Trump sebelum ini yang mengelakkan penyokongan jelas kepada penyelesaian dua negara.

Dalam pelan tersebut, AS juga akan membuka dialog dengan Israel dan Palestin untuk merangka ‘horizon politik’ yang memungkinkan ‘kehidupan berdampingan secara aman’.

Namun, cadangan itu juga mengandungi syarat-syarat lama yang dituntut Israel iaitu Hamas harus dilucutkan senjata, Gaza harus didemiliterisasi dan proses deradikalisasi terhadap penduduk mesti dijalankan.

Urutan pelaksanaan syarat-syarat tersebut belum ditetapkan secara terperinci, tetapi dijangka berlaku serentak dengan usaha menamatkan perang.

Syarat-syarat ini dijangka sukar diterima Hamas, manakala idea pembentukan negara Palestin juga mungkin menjadi garisan merah bagi Netanyahu.

Trump pada Jumaat lalu menyuarakan keyakinan rundingan mungkin sudah hampir selesai.

APAKAH 21 USUL TERSEBUT?

Berikut merupakan usul yang dibentangkan AS dalam pelan akhiri genosid di Gaza:

1) Gaza dijadikan zon bebas keganasan.

2) Gaza dibangunkan semula.

3) Jika Israel dan Hamas bersetuju dengan pelan ini, peperangan dihentikan serta-merta dengan Israel hentikan semua operasi dan berundur dari Gaza.

4) Dalam tempoh 48 jam selepas Israel menerima perjanjian ini, semua tebusan dibebaskan.

5) Israel akan membebaskan ratusan tahanan Palestin yang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

6) Anggota Hamas yang bersetuju hidup secara aman akan diberikan pengampunan, manakala mereka yang ingin meninggalkan Gaza diberikan laluan selamat ke negara lain.

7) Bantuan kemanusiaan akan meningkat secara drastik ke Gaza, sekurang-kurangnya 600 buah lori bantuan sehari.

8) Bantuan diagihkan tanpa gangguan daripada mana-mana pihak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Bulan Sabit Merah.

9) Yayasan Kemanusiaan Gaza diteruskan.

10) Gaza akan ditadbir oleh kerajaan sementara yang terdiri daripada teknokrat Palestin, yang akan menyediakan perkhidmatan harian kepada rakyat.

11) Satu pelan ekonomi akan digubal untuk membangunkan semula Gaza.

12) Zon ekonomi khas akan ditubuhkan dengan tarif rendah dan kadar akses yang akan dirundingkan oleh negara-negara terlibat.

13) Tiada siapa akan dipaksa meninggalkan Gaza dengan rakyat Palestin digalakkan kekal dan diberikan peluang membina masa depan lebih baik.

14) Hamas tidak akan terlibat langsung dalam pentadbiran Gaza.

15) Jaminan keselamatan akan diberikan oleh rakan serantau untuk memastikan Hamas mematuhi tanggungjawab mereka.

16) AS akan bekerjasama dengan rakan Arab dan antarabangsa membentuk pasukan penstabilan bagi memantau keselamatan Gaza.

17) Israel tidak akan menjajah atau merampas Gaza.

18) Jika Hamas melengahkan atau menolak cadangan ini, semua langkah di atas tetap akan diteruskan.

19) Israel bersetuju tidak melancarkan serangan di Qatar pada masa hadapan.

20) Satu proses diwujudkan untuk menghapuskan pemikiran radikal dalam kalangan penduduk.

21) Apabila pembangunan semula Gaza mencapai kemajuan dan program reformasi Pihak berkuasa Palestin (PA) dilaksanakan, keadaan akan membolehkan penubuhan negara Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN