BANGKOK: Taikun, Anutin Charnvirakul berjaya melepasi undian Parlimen dengan mudah, menewaskan calon daripada parti pemerintah yang sebelum ini didominasi keluarga Thaksin Shinawatra. Dengan sokongan tegas daripada pihak pembangkang, Anutin dengan mudah melepasi ambang lebih separuh undi Dewan Rakyat yang diperlukan untuk menjadi Perdana Menteri Ke-32 Thailand. Anutin meraih 311 undi, memperoleh majoriti selesa daripada 492 ahli Dewan Rendah Parlimen, menurut keputusan rasmi.-AFP











