HANOI: Taufan Bualoi menerbangkan bumbung bangunan dan mencabut tiang elektrik di sepanjang pantai Vietnam, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang, menurut pegawai tempatan dan nasional pada Isnin. Ribut yang ke-10 melanda Vietnam tahun ini membadai daratan lewat Ahad dengan membawa angin berkelajuan 130 kilometer sejam. Menurut pihak berkuasa di tiga wilayah, ribuan rumah dan premis perniagaan rosak atau musnah dengan imej menunjukkan bumbung zink tercabut, manakala runtuhan rumah berselerakan di jalan-jalan yang…