SYDNEY: Satu tragedi mengejutkan perairan utara Sydney apabila seorang peluncur berusia 57 tahun maut selepas diserang seekor jerung besar dalam insiden jarang berlaku di pantai Long Reef, pagi ini. Mangsa yang merupakan penduduk tempatan dan seorang bapa kepada anak kecil itu meluncur bersama sekumpulan rakan ketika dia diserang secara tiba-tiba di antara pantai Long Reef dan Dee Why. Menurut Superintenden Polis New South Wales, John Duncan, mangsa dipercayai mengalami kecederaan…