BANGKOK: Polis Thailand melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah ke arah kumpulan penduduk Kemboja di kawasan sempadan yang dipertikaikan, dalam insiden terburuk sejak kedua-dua negara bersetuju melaksanakan gencatan senjata Julai lalu. Menurut pihak berkuasa Kemboja, sekurang-kurangnya 23 penduduk mereka cedera dalam kejadian itu, manakala tentera Thailand memaklumkan beberapa pegawainya turut mengalami kecederaan. Pertempuran tercetus di sebuah penempatan yang menjadi pertikaian, dengan Thailand mendakwa ia sebahagian daripada Kampung Ban Nong…










