LIMA, Peru: Sekurang-kurangnya 18 orang termasuk anggota polis dan wartawan cedera dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan semasa protes antikerajaan di sini. Protes besar-besaran yang berlangsung pada Sabtu itu menyaksikan ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis dengan peserta membaling batu dan kayu, manakala polis melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka, menurut laporan wartawan AFP yang berada di lokasi. Demonstrasi tersebut dianjurkan oleh kolektif anak muda yang dikenali…