JOHANNESBURG: Sebanyak 16 negara mengeluarkan kenyataan bersama menuntut perlindungan terhadap Global Sumud Flotilla, armada bot membawa aktivis dan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang dikepung Israel. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Luar Afrika Selatan. Ia menyatakan, misi flotila tersebut yang menghantar bantuan serta bertujuan meningkatkan kesedaran tentang keperluan mendesak kemanusiaan di Gaza adalah sejajar dengan komitmen kerajaan-kerajaan terbabit terhadap keamanan dan penghormatan kepada undang-undang kemanusiaan antarabangsa. “Oleh itu, kami menyeru…