WASHINGTON: Rumah Putih bakal menjadi lokasi acara pertarungan Ultimate Fighting Championship (UFC) buat pertama kali pada tahun depan, bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat (AS) pada 4 Julai yang turut menandakan ulang tahun ke-250 penubuhan negara itu. Pengumuman itu dibuat oleh Presiden UFC, Dana White yang mempunyai hubungan persahabatan lama dengan Presiden AS sejak awal 2000-an, ketika Donald Trump menjadi tuan rumah kepada beberapa acara UFC terawal di premis perniagaannya.…










