LONDON: Sekumpulan saintis dari King’s College London menemui formula ubat gigi berasaskan rambut manusia yang berupaya membaiki kerosakan gigi dengan lebih berkesan berbanding produk berfluorida. Kajian mendapati rawatan menggunakan keratin yang diambil daripada rambut atau bulu biri-biri mampu menghentikan sepenuhnya kerosakan gigi pada peringkat awal dan berpotensi digunakan sama ada dalam bentuk ubat gigi serta gel seakan pengilat kuku bagi rawatan sasaran. Menurut penyelidik utama, Dr. Sherif Elsharkawy, penemuan itu…









