WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan beliau dan Presiden Russia, Vladimir Putin akan membincangkan isu pertukaran tanah ketika pertemuan di Alaska pada Jumaat ini. Namun, Trump menyuarakan rasa kecewa terhadap Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky kerana meletakkan syarat terhadap kemungkinan perjanjian itu. Dalam sidang media di Rumah Putih pada Isnin, Trump berkata beliau terganggu dengan pendirian Zelensky yang menegaskan Ukraine perlu mengadakan referendum nasional sebelum memeterai sebarang perjanjian damai…










