WASHINGTON: Pertengkaran hebat dilaporkan tercetus antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, selepas Netanyahu menafikan kesahihan imej kanak-kanak kebuluran di Gaza, lapor NBC News. Kejadian itu dikatakan berlaku dalam panggilan telefon pada 28 Julai, ketika kedua-dua pemimpin membincangkan keberkesanan Gaza Humanitarian Foundation (GHF) yang disokong AS, di tengah laporan bahawa orang awam ditembak oleh askar dan kontraktor di pusat pengagihan bantuan, manakala ramai terkorban…










