RAFAH: Di hadapan lensa kamera, Israel mahu dunia percaya mereka melonggarkan sekatan, seolah-olah membuka pintu bantuan ke Gaza. Hakikatnya, rejim Zonis terus menyulitkan keadaan dengan lori-lori dipenuhi muatan makanan dan ubat-ubatan dibiarkan beratur di bawah terik matahari. Pemandu-pemandu trak bantuan semakin tertekan apabila mereka sering kali diarah berpatah balik kerana alasan remeh seperti ketiadaan pelekat, palet senget atau kotak yang sedikit terbuka. Kenyataan rejim Zionis sekadar sandiwara untuk meredakan tekanan…










