JAKARTA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (KPK) Indonesia menahan Timbalan Menteri Tenaga Kerja, Immanuel Ebenezer, bersama 13 individu lain berhubung siasatan dakwaan pemerasan, menurut kenyataan agensi itu pada Khamis. Immanuel, yang juga ahli parti Gerindra pimpinan Presiden Prabowo Subianto, menjadi anggota pertama Kabinet Prabowo yang ditahan bagi tuduhan rasuah. Prabowo, yang mengangkat sumpah jawatan Oktober lalu menjadikan agenda memerangi rasuah dalam dan luar pentadbirannya sebagai salah satu keutamaannya. Timbalan Ketua KPK, Fitroh…