BARCELONA: Sebuah flotila yang membawa bantuan kemanusiaan dan aktivis, termasuk aktivis iklim terkenal dari Sweden, Greta Thunberg dijadualkan berlepas dari Barcelona sebagai usaha terbaharu memecahkan kepungan haram ke atas Gaza. Menurut penganjur, Global Sumud Flotilla, kapal-kapal tersebut akan bertolak dari pelabuhan utama Sepanyol dengan tujuan untuk membuka koridor kemanusiaan dan menamatkan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku terhadap rakyat Palestin. Flotila itu dijangka tiba di wilayah pesisir yang musnah akibat peperangan…