BANGKOK: Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, 76, dibebaskan daripada tuduhan menghina institusi diraja pada Jumaat, menurut laporan Bangkok Post. Mahkamah Jenayah Bangkok memutuskan bukti yang dikemukakan tidak mencukupi, sekaligus menolak pertuduhan di bawah undang-undang lese majeste iaitu satu peruntukan kontroversi dalam perlembagaan Thailand yang melarang sebarang bentuk kritikan terhadap Raja Maha Vajiralongkorn dan keluarga diraja. “Mahkamah menolak pertuduhan terhadap Thaksin dengan memutuskan bahawa bukti tidak mencukupi,” kata peguamnya, Winyat…