SA KAEO: Tentera Diraja Thailand (RTA) mendakwa bahawa Kemboja sedang menggunakan penduduk awamnya untuk menceroboh wilayah Thailand di sempadan timur wilayah Sa Kaeo. Jurucakap RTA, Mejar Jeneral Winthai Suvaree, berkata, rakyat Kemboja membina penempatan melebihi zon pelarian yang ditetapkan di Ban Nong Chan, dalam tambon Non Mak Mun, daerah Khok Sung, Sa Kaeo. Beliau menjelaskan Thailand telah menubuhkan kawasan pelarian atas dasar kemanusiaan di lokasi tersebut untuk membantu rakyat Kemboja…