LONDON: Kerajaan Britain bersetuju membayar hampir AS$4 juta (RM16.9 juta) kepada ribuan mangsa kebakaran hutan yang tercetus ketika latihan tenteranya di Kenya pada 2021, menurut dokumen yang diperoleh CNN. Penyelesaian itu dibuat selepas perbicaraan mahkamah berlarutan antara komuniti tempatan dan kerajaan Britain. Penduduk terjejas mendakwa kebakaran di kawasan konservasi hidupan liar Lolldaiga, tengah Kenya menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang, merosakkan harta benda dan mencemarkan alam sekitar. Sebahagian mereka turut memaklumkan…










