BAN FANG, Thailand: Sepasang suami isteri ditahan polis selepas disyaki membunuh bayi baru lahir mereka sebelum membakar mayat mangsa dalam sebuah tanur arang di daerah Ban Fang, Ahad lalu. Menurut laporan media tempatan, Ketua Polis Ban Fang, Kolonel Koraphop Netthaisong memaklumkan identiti bayi sukar dikenal pasti kerana mayat hampir rentung sepenuhnya. Siasatan di lokasi kejadian turut menemui kesan darah berhampiran tanur berkenaan. Pasangan yang ditahan dikenal pasti sebagai Panadda, 34,…