SEOUL: Seorang lelaki warga emas yang dikehendaki kerana menipu lebih 1,300 mangsa dalam skim pelaburan mata wang kripto ditahan polis secara tidak sengaja selepas dia membuang puntung rokok berhampiran sebuah stesen kereta api di ibu negara Korea Selatan. Menurut polis, mereka pada awalnya hanya berniat mengeluarkan saman kerana kesalahan membuang sampah. Namun, keadaan mencurigakan apabila lelaki berusia 60-an itu merayu agar dilepaskan, enggan menunjukkan kad pengenalan, berpura-pura menerima panggilan telefon…