GENEVA: Rundingan untuk memeterai perjanjian bersejarah bagi memerangi pencemaran plastik pada Sabtu berdepan jalan buntu dengan perkembangan yang tidak memberangsangkan dan perbezaan pandangan ketara antara negara-negara mengenai skop perjanjian dicadangkan. Perbincangan yang bermula Selasa lalu itu hanya berbaki empat hari bekerja untuk menghasilkan instrumen yang mengikat secara undang-undang bagi menangani masalah plastik yang semakin membelenggu alam sekitar. Namun, dalam penilaian separuh penggal yang tegas, pengerusi rundingan memberi amaran kepada 184…









