WASHINGTON: Rumah Putih mengesahkan pentadbiran Presiden, Donald Trump sedang merangka satu perjanjian yang bakal menyaksikan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengambil 10 peratus pegangan dalam gergasi cip, Intel. Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt berkata, langkah itu dibuat bagi mengutamakan kepentingan negara, khususnya dari segi keselamatan serta ekonomi. “Presiden mahu meletakkan keperluan AS sebagai keutamaan,” katanya kepada media, semalam. Langkah luar biasa itu dilihat mampu membantu Intel bersaing dengan pesaing utama seperti…