WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengumumkan beliau mula mengatur satu sidang kemuncak damai antara Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan Presiden Russia Vladimir Putin, selepas perbincangan intensif bersama pemimpin Eropah di Rumah Putih. Trump berkata, beliau berhubung terus dengan Putin melalui panggilan telefon selepas satu mesyuarat yang digambarkan sebagai ‘sangat baik’ bersama pemimpin Eropah dan Ukraine di Washington. “Saya mula membuat persiapan untuk satu pertemuan antara Presiden Putin dan…










