PARIS: Perancis telah memulangkan tiga tengkorak manusia kepada Madagascar yang disimpan di sebuah muzium di Paris selama 128 tahun, termasuk satu yang dipercayai milik seorang raja Madagascar yang dipenggal oleh tentera Perancis semasa era penjajahan. Tengkorak yang dipercayai milik Raja Toera, bersama dua lagi tengkorak daripada etnik Sakalava diserahkan secara rasmi dalam satu upacara di Kementerian Kebudayaan Perancis pada Selasa. Raja Toera dipenggal oleh tentera Perancis semasa pembunuhan besar-besaran penduduk…