BERLIN: Sebuah mahkamah di Jerman memutuskan Tapak Peringatan Kem Konsentrasi Buchenwald berhak menolak kemasukan individu yang memakai selendang keffiyeh Palestin dengan alasan perlindungan sensitiviti dan kesejahteraan pelawat, terutamanya masyarakat Yahudi. Mahkamah pentadbiran tinggi di negeri Thuringia, timur Jerman, pada Rabu menolak permohonan seorang wanita yang ingin menghadiri acara peringatan di tapak bersejarah itu sambil mengenakan keffiyeh iaitu selendang tradisional Arab yang sering dikaitkan dengan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin. Wanita…