SAO PAOLO: Seorang pelajar seni bina berusia 20 tahun dikejarkan ke hospital selepas disengat oleh seekor kala jengking ketika mencuba pakaian di sebuah bilik persalinan butik Zara, pada Rabu lalu. Mangsa, Alice Spies, berkata dia rasa sesuatu merayap di kakinya sebelum mengalami kesakitan yang mencucuk serta rasa pening secara tiba-tiba sebelum terbampak seekor kala jengking kuning bersaiz besar pada pakaiannya. Kakitangan butik bergegas memberikan rawatan awal dan meletakkan Alice di…