NEW DELHI: Mahkamah Agung India mengarahkan pemindahan puluhan ribu anjing liar dari ibu negara, New Delhi ekoran kebimbangan keselamatan awam susulan peningkatan kes gigitan anjing. India yang menempatkan jutaan anjing liar sering melaporkan serangan maut, khususnya melibatkan kanak-kanak dan warga emas. Menurut bancian ternakan negara itu pada 2012, terdapat sekurang-kurangnya 60,000 ekor anjing liar berkeliaran di jalan-jalan New Delhi, namun angka semasa dipercayai jauh lebih tinggi dengan kumpulan anjing membentuk…










