WASHINGTON: Seorang lelaki warga China mengaku bersalah di mahkamah daerah Amerika Syarikat (AS) atas kesalahan menyeludup kira-kira 850 ekor kura-kura dilindungi yang dibungkus dalam sarung kaki dan dilabel sebagai permainan kanak-kanak. Wei Qiang Lin dilaporkan menghantar lebih 200 bungkusan berisi kura-kura ke Hong Kong antara Ogos 2023 hingga November 2024, menurut kenyataan Jabatan Kehakiman pada Isnin. Menurut pihak berkuasa, kotak-kotak yang berisi haiwan tersebut dilabel sebagai permainan haiwan plastik dan…










