YANGON: Penyelidik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merekodkan penyeksaan secara sistematik di kem tahanan yang dikendalikan tentera Myanmar, termasuk memukul, kejutan elektrik dan rogol beramai-ramai. Myanmar terjerumus dalam perang saudara sejak tentera merampas kuasa daripada kerajaan awam pada 2021, dengan pasukan tentera berperang menentang kumpulan gerila pro-demokrasi dan pelbagai kumpulan bersenjata etnik. Pertempuran itu disertai tindakan keras yang menyaksikan hampir 30,000 orang ditangkap, menurut kumpulan pemantau Assistance Association for Political Prisoners.…











