MINSK: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian menegaskan kemampuan pertahanan peluru berpandu yang dimiliki republik itu menjadi faktor utama menghalang negaranya daripada mengalami nasib malang seperti dialami penduduk Gaza. Berucap di hadapan komuniti rakyat Iran di Belarus, Pezeshkian berkata tanpa keupayaan tersebut, Iran mungkin sudah lama menjadi sasaran serangan berterusan seperti yang berlaku di Semenanjung Gaza. “Jika kita tidak mempunyai kekuatan peluru berpandu, keadaan kita akan sama seperti Gaza. Kita mesti terus…