MIAMI: Seorang hakim persekutuan di Miami, Florida mengarahkan penutupan pusat tahanan kontroversi yang dikenali sebagai Alligator Alcatraz dalam tempoh 60 hari, selepas mendapati kemudahan itu memberi kesan buruk terhadap ekosistem Everglades yang dilindungi undang-undang negeri dan persekutuan. Dalam keputusan setebal 82 muka surat, Hakim Daerah Kathleen Williams menegaskan perintahnya adalah selaras dengan usaha berdekad lamanya untuk memulihara kawasan paya berkenaan. “Sejak sekian lama, setiap gabenor Florida, setiap senator, malah ramai…