GAZA: Tentera Israel mendakwa memulakan serangan darat yang dirancang untuk menawan dan menduduki seluruh Gaza City, sekali gus menguasai kawasan pinggir bandar berkenaan. Jurucakap tentera mendakwa, pasukan mula beroperasi di kawasan Zeitoun dan Jabalia untuk meletakkan asas bagi serangan tersebut, yang diluluskan Menteri Pertahanan, Israel Katz pada Selasa dan dijangka dibentangkan kepada Kabinet Keselamatan hujung minggu ini. Bagi memperkukuh operasi, sekitar 60,000 anggota simpanan akan dipanggil menjelang awal September, untuk…