India kerah pasukan penyelamat ke kawasan banjir

India kerah pasukan penyelamat ke kawasan banjir

india
Seorang lelaki duduk di luar rumah yang sebahagiannya ditenggelami air banjir selepas hujan monsun lebat menyebabkan paras air sungai Gangga meningkat di Varanasi pada 4 Ogos 2025. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DEHRADUN: India mengerahkan pasukan penyelamat ke wilayah Himalaya selepas banjir kilat meruntuhkan lembah gunung, dan melenyapkan sebahagian besar bandar, di mana sekurang-kurangnya empat orang hilang.

Video yang disiarkan di media India menunjukkan aliran air berlumpur menghanyutkan blok pangsapuri bertingkat di kawasan pelancongan Dharali di negeri Uttarakhand.

Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami berkata pasukan penyelamat telah dikerahkan “ke medan perang”.

Seorang pegawai bencana tempatan berkata, sekurang-kurangnya empat orang hilang, manakala yang lain memberi amaran jumlah itu mungkin meningkat.

“Nasib baik, kebanyakan orang berada di sebuah pameran di lokasi yang selamat,” kata seorang pegawai, yang enggan namanya disiarkan kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.

Tentera India berkata pasukan pertamanya telah sampai ke bandar itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN