NEW DELHI: Kerajaan India pada Rabu membentangkan satu rang undang-undang (RUU) baharu yang membolehkan pemecatan ahli politik kanan sekiranya mereka ditahan dan dipenjarakan selama 30 hari atau lebih. Langkah itu mendapat kecaman hebat daripada parti pembangkang yang menyifatkannya sebagai satu usaha untuk menakut-nakutkan pemimpin lawan serta melemahkan perlindungan yang dijamin oleh Perlembagaan negara. Beberapa pemimpin pembangkang, termasuk dua Ketua Menteri negeri, telah disiasat dan didakwa atas pelbagai kes jenayah dalam…