MOROWALI UTARA: Seorang imam masjid cedera parah selepas ditikam oleh seorang lelaki ketika memimpin solat Subuh berjemaah di Masjid Baiturrahman, Desa Tompira, Kecamatan Petasia Timur, Sulawesi Tengah awal pagi semalam. Dalam kejadian sekitar pukul 4.45 pagi itu, mangsa, Muhammad Jumali, 27 tahun, diserang oleh seorang lelaki berusia 23 tahun yang dikenali sebagai AL, yang berpura-pura menjadi jemaah. Ketua Bahagian Operasi Polis Morowali Utara, Theodorus Resupal berkata, suspek menyertai saf jemaah…