TEXAS: Seorang calon Kongres Amerika Syarikat (AS) daripada kumpulan pelampau sayap kanan mencetuskan kemarahan ramai apabila memuat naik video membakar al-Quran menggunakan ‘flamethrower’ sambil mengisytiharkan hasrat untuk menghapuskan Islam di negeri Texas. Valentina Gomez, yang bertanding sebagai calon Republikan bagi kerusi Kongres Daerah Ke-31 Texas pada pilihan raya 2026, berkongsi rakaman itu di platform X. Tindakannya mengundang kecaman hebat pelbagai pihak, termasuk pemimpin masyarakat, aktivis hak asasi dan pengguna media…