HONG KONG: Syarikat induk kepada aplikasi video pendek TikTok, ByteDance dijangka melancarkan program pembelian semula saham pekerja tyang menetapkan penilaian syarikat teknologi gergasi China itu melebihi AS$330 bilion (RM1.39 trilion). ByteDance merancang menawarkan harga AS$200.41 (RM846.97) bagi setiap saham kepada pekerja dalam program pembelian semula tersebut, peningkatan sebanyak 5.5 peratus daripada harga AS$189.90 (RM802.60) yang ditawarkan kira-kira enam bulan lalu. ByteDance ketika itu meletakkan penilaian syarikat pada sekitar AS$315 bilion…