VALLEDUPAR: Sekurang-kurangnya 12 anggota polis Colombia terbunuh selepas sebuah helikopter ditembak jatuh ketika menjalankan operasi memusnahkan ladang daun kokain di wilayah Antioquia, Khamis lalu. Dua lagi anggota edera dalam insiden tersebut. Menurut pihak berkuasa tempatan, helikopter berkenaan dalam operasi pemusnahan tanaman haram di kawasan perbandaran Amalfi ketika diserang pihak tidak dikenali. Pada mulanya, Presiden Colombia Gustavo Petro melaporkan lapan kematian, namun jumlah korban meningkat kepada 12 selepas siasatan lanjut. Tragedi…