WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijangka mengadakan lawatan ke China sebelum menyertai Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) yang bakal berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November ini, menurut laporan South China Morning Post. Lawatan tersebut berkemungkinan termasuk pertemuan penting dengan Presiden China, Xi Jinping, sama ada di Beijing atau di Korea Selatan, sebagai sebahagian daripada usaha dua hala untuk mencari penyelesaian terhadap perang tarif yang telah menggugat kestabilan perdagangan…










