PHNOM PENH: Ketegangan di sempadan Thailand-Kemboja terus memuncak apabila tentera kedua-dua negara sekali lagi bertempur pagi ini berhampiran kawasan yang menjadi rebutan, menyebabkan tiga orang awam Thailand cedera akibat serangan roket yang didakwa dilancarkan oleh tentera Kemboja. Pertempuran terbaharu tercetus di kawasan Segi Tiga Zamrud, iaitu sempadan strategik yang melibatkan Thailand, Kemboja dan Laos, yang turut menempatkan beberapa kuil purba bersejarah. Insiden pagi ini berlaku berhampiran dua kuil di kawasan…











