BANGKOK: Ketegangan di sempadan Thailand-Kemboja kembali meningkat susulan insiden tembak-menembak yang berlaku berhampiran Kuil Ta Moan Thom di wilayah Oddar Meanchey, Kemboja, pada pagi Khamis, menurut kenyataan rasmi kedua-dua pihak tentera. Dalam kejadian itu, dua anggota tentera Thailand dilaporkan cedera. Thailand mendakwa Kemboja menghantar dron pengawasan dan seterusnya menggerakkan enam anggota bersenjata lengkap, termasuk pelancar roket BM21, sebelum melepaskan tembakan ke arah pos tentera Thailand. Kementerian Pertahanan Kemboja bagaimanapun menafikan…










