SISAKET, THAILAND: Pertempuran di sempadan Thailand-Kemboja memasuki hari ketiga hari ini, namun terdapat perkembangan positif apabila kedua-dua negara mula mendapatkan sokongan diplomatik. Kedua-dua pihak menegaskan mereka bertindak atas dasar mempertahankan diri dan menggesa supaya pertempuran dihentikan serta rundingan damai dimulakan segera. Sehingga kini, sekurang-kurangnya 33 orang disahkan terkorban manakala lebih 140,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka dalam konflik bersenjata paling serius antara dua negara jiran Asia Tenggara itu dalam tempoh…











