DAMSYIK: Syria akan mengadakan pilihan raya Parlimen pada September, menurut ketua badan yang bertanggungjawab menguruskan proses pilihan raya negara itu, menandakan kali pertama pilihan raya diadakan sejak kejatuhan bekas Presiden Bashar al-Assad dalam serangan kumpulan pemberontak pada Disember lalu. Mohammed Taha al-Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Tinggi Pilihan Raya Majlis Rakyat, memaklumkan kepada agensi berita rasmi SANA pada Ahad bahawa pilihan raya dijadual berlangsung antara 15 hingga 20 September. Pilihan raya ini bakal menjadi yang pertama diadakan di bawah pentadbiran baharu negara itu, yang kini dipimpin oleh Presiden Interim, Ahmed al-Sharaa. Satu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya