BANYUWANGI: Seorang warganegara Malaysia dipercayai menjadi mangsa dalam insiden feri di Selat Bali semalam. Fauzey Awang, 55, dilaporkan melawat isterinya, Yatini, 60, di Daerah Genteng, Banyuwangi, sebelum merancang kembali ke Malaysia melalui Bali. N Namun sehingga kini, dia masih belum ditemukan. Dalam pada itu, Yatini tiba di ruang menunggu Pelabuhan ASDP Ketapang, Banyuwangi, pagi Khamis dengan perasaan sebak. Dia berkata, telefon bimbit suaminya tidak dapat dihubungi dan gerak hatinya menyatakan…