BANDUNG: Pihak berkuasa Indonesia menahan 12 suspek selepas membongkar sindiket pemerdagangan yang didakwa sudah menghantar lebih 10 bayi ke Singapura, menurut pegawai polis pada Selasa. Pengarah Siasatan Jenayah Am Polis Jawa Barat, Surawan berkata, kes itu terbongkar selepas pasangan ibu bapa membuat laporan polis bayi mereka diculik. Jelasnya, siasatan lanjut membawa kepada penahanan seorang suspek yang mengaku memperdagangkan hampir 24 orang bayi. Menurut beliau, para pelaku didakwa memindahkan bayi-bayi tersebut…