TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba dilaporkan akan mengumumkan peletakan jawatannya tidak lama lagi selepas kekalahan terbaharu pilihan raya menyebabkan gabungannya hilang majoriti di kedua-dua dewan Parlimen. Laporan menyatakan Ishiba sudah menyampaikan hasratnya untuk berundur kepada individu terdekat, susulan pengumuman perjanjian perdagangan AS-Jepun pada Rabu. Kekalahan pada pilihan raya Dewan Negara Ahad lalu memberi tamparan hebat kepada Parti Demokratik Liberal (LDP) berhaluan tengah-kanan pimpinan Ishiba yang hampir tidak pernah putus…










