WASHINGTON: Majoriti rakyat Amerika Syarikat (AS) menolak usaha pentadbiran Presiden, Donald Trump memperhebat program pengusiran pendatang tanpa izin, menyifatkan tindakan yang dilakukan terhadap migran kini semakin keterlaluan. Berdasarkan tinjauan terkini yang dijalankan CNN dengan kerjasama Social Science Research Solutions (SSRS), lebih 55 peratus responden berpendapat Trump melampaui batas dalam melaksanakan dasar pengusiran pendatang yang tinggal di AS secara haram, meningkat sebanyak 10 mata peratusan sejak Februari. Dalam kalangan penyokong Parti…










