SEOUL: Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol, kembali ditahan hari ini selepas Mahkamah Daerah Pusat Seoul meluluskan waran tangkap terhadapnya bagi membantu siasatan berhubung cubaan mengisytiharkan darurat tentera pada tahun lalu. Keputusan mahkamah itu mengukuhkan siasatan yang sedang dijalankan oleh pasukan pendakwa khas, yang menyiasat dakwaan tindakan Suk-yeol pada Disember lalu merupakan penyalahgunaan kuasa serta cubaan menghalang keadilan. Menurut kenyataan mahkamah, waran tangkap tersebut dikeluarkan atas kebimbangan Suk-yeol mungkin akan memusnahkan bahan bukti berkaitan kes berkenaan. Ahli politik konservatif itu kini berdepan pertuduhan jenayah pemberontakan akibat pengisytiharan darurat tenteranya ,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya