LONDON: Sebuah potret minyak pemimpin kemerdekaan India, Mahatma Gandhi, telah dilelong pada harga 152,800 pound (RM925,000) dalam satu acara lelongan di London, semalam. Harga itu jauh melebihi jangkaan awal pihak lelongan Bonhams, yang sebelum ini menganggarkan karya tersebut hanya akan terjual antara 50,000 pound (RM 247,031) hingga 70,000 pound (RM 345,850). Potret berkenaan dilukis oleh artis Britain, Clare Leighton, pada tahun 1931 ketika Gandhi melakukan lawatan ke London bagi menghadiri Persidangan Meja Bulat Kedua, pertemuan penting untuk membincangkan reformasi perlembagaan India dan tuntutan pemerintahan sendiri. Menurut Bonhams, potret tersebut dipercayai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya