BANGKOK: Seorang lelaki bersenjata membunuh lima pengawal keselamatan dan mencederakan tiga yang lain dalam satu kejadian tembakan di pasar popular di ibu negara Thailand pada Isnin, kata polis.
Suspek melepaskan tembakan dengan “senjata jenis pistol” di Pasar Or Tor Kor di daerah Bang Sue di Bangkok pada pukul 12:31 tengah hari (0531 GMT), kata polis, sebelum membunuh dirinya sendiri.
Tembakan itu berpunca daripada pertikaian peribadi, dengan suspek — bekas pekerja pasar — menyimpan dendam lama terhadap salah seorang pengawal keselamatan terbabit.
“Kami memperoleh maklumat ini daripada keterangan isterinya,” kata pegawai Sayam Boonsom kepada pemberita di tempat kejadian.
Pasar Tor Kor terletak tidak jauh dari pasar Chatuchak, destinasi pelancongan utama di Bangkok yang menarik ramai pengunjung setiap hujung minggu.
Tembakan rambang itu bukan perkara luar biasa di Thailand, di mana senjata api boleh diperoleh dengan agak mudah kerana penguatkuasaan kawalan senjata yang lemah. – AFP