BANGKOK: Susulan konflik yang tercetus, Thailand hari ini memaklumkan lebih 100,000 orang dipindahkan dari kawasan sempadan dengan Kemboja. Kementerian Dalam Negeri Thailand berkata, seramai 100,672 penduduk dari empat wilayah sempadan dipindahkan ke pusat perlindungan, manakala Kementerian Kesihatan mengumumkan angka kematian meningkat kepada 14 orang. Thailand juga menutup semua pintu sempadan dengan Kemboja selepas pertempuran antara kedua-dua negara tercetus di sekurang-kurangnya di enam lokasi.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya